sya-8-dha


Super Optimis!
July 7, 2009, 11:35 am
Filed under: Uncategorized

Super optimis bila semua masalah ditangani dengan mudah. Aku memang asalnya kurang berperasaan. Sekarang ni lebih2 lagi takde perasaan. Memang kehidupan ni sebenarnya hanya perlu berserah selepas berusaha. Berdoa semoga apa yang dirancang dimakbul Tuhan.

1) Last week, Bi’ah dah buat keputusan nak quit masters. Grant dah setel sebenarnya. Tinggal lagi satu analysis pakai HPLC. Bi’ah rasa projek tu against dia punya self-faith. Aku siap cakap kat Bi’ah, saya paham Bi’ah rasa cam berdosa. I know it! The way u presented it, I know it was against ur own self! Sekurang-kurangnya Bi’ah hepi dengan decision dia. Dah dapat kerja pon and nak sambong Masters in Library! Aku siap cakap kat Bi’ah. Jiwa Bi’ah kan dengan research! Dengan Genetics! And uve got the chance to play with RNA Silencing. Tapi Bi’ah cakap bukan macam ni yang dia nak. Dan keputusan dibuat selepas dia pulang umrah. Hati dia didorong ke situ. Dan pasti teramat pastilah aku menyokong segala keputusan yang dibuat. Walau kami sama2 mendaftar di sini. Dan aku manusia yang bertanggung jawab membawa dia ke sini.

2) Zira dah setel dengan labwork dia. Petang tadi sebelum balik siap sengeh kat aku. Tak percaya kan Shida saya dah nak abes! Aku jerittttt…Cessss aku pon dah nak abes! Tinggal lagi 10 run, analyses dan sequencing untuk 2 populations. Pastuh siap. I will have my own IP shortly. And later on kalau ia diguna pakai, it will be my money-generate machine yg bakal dibawa sampai ke mati. Dan kalau aku nak kaya lagi, I shud build my own spin down company. And distribute my products on my own. Adat berniaga ada untung rugi. Dan aku memang membesar dalam situasi berniaga. Dan waktu gerai satay Abang Ed takdak pekerja pon aku yang turun padang pegi berniaga. Pon penah buat part-time dengan kawan Abg Ed kat kafe dia time aku cuti semester. Suka tengok tindak tanduk orang bila dia sangka kita bodoh! Walhal I know where am I standing. Klisenya, lepas Pak Su cakap, tue adek ipaq Ed tu, tengah belajaq lagi kat U, mulala muka2 pakcik2, abg2, makcik2 tu nak sengeh bersunggoh! Ahh manusia..Kenapa perlu double standard?

3) Aku? Bakal habes. Aku akan pastikan aku habes on time. Madam dah bagi timetable untuk aku sampai November. Dan aku mesti akan ikot timetable itu. Ada offer sambong PhD. Itu akan dipertimbangkan. Alkisah dana sedang diraih dari Kerajaan Saudi. Lihat sahaja. Aku melihat angka sekarang ini. Sudah sampai masanya helang takluk wilayah sendiri.



He Lied and I Believed
July 7, 2009, 11:08 am
Filed under: Uncategorized

Serasa pelik bila takde satu benda pon dalam dunia ini yang boleh buat anda kecewa lagi. Aku sangat2 bebas selepas pulang ke kampong menziarah Makcik bulan lepas. Melihat sendiri keadaan rumah yang serasakan kosong! Tempat aku bertenggek membawa kawan2 pukol 11 mlm untuk makan bihon sop! Makcik pulak menghidang dengan beruniform kaftan. Pakcik pulak missing, mungkin sedang bermesyuarat di kedai kopi atau di bilik gerakan.

Aku tak mungkin akan pergi seorang. Buruk padahnya. Kang kalau balik mata disimbah kaca2 penjuru mana hendak berhenti? Alkisahnya aku pergi ditemani Irwan dan 2 org kawan. Masing2 cuba bertabah! Aku dengan Makcik mestilah pelakon paling hebat pada petang itu. Masing2 bercerita ttg Arwah. Tentang parut di atas bibir yang dibawak sampai ke mati. Rupanya asal parut itu adalah masa tadika. Bergadoh punya pasal. Dan cerita terbongkar kerana Irwan satu tempat tadika. Bercerita dan bercerita ttg apa sahaja. Sesekali mendiam kerana masing2 mengumpul kekuatan. Dan apabila rasa lebih yakin dan tenang Makcik bukak lagi cerita ttg keadaan2 akhir.

Semuanya berjalan lancar. Sampai ke sudah saat aku mahu pulang. Itu mmg destinasi terakhir. Memang selepas itu kami menuju ke Kuala Lumpur. Sebelum salam aku kirimkan bingkisan dari Indon. Memang itu asal tujuannya. Selalunya apa2 jua hanya untuk arwah, kali ini untuk Makcik, Mira dan Sofia kerana arwah sudah tiada. Semasa salam lagi airmata dah merembes. Aku cepat2 salam dan mahu keluar. Tersentak sebab Mira menghulur tangan dan maseh mahu mencium tangan. Aku mmg pusing dan tidak toleh lagi. Tidak mahu menangis sebenarnya. Itu memang ikrar yang ditanam sejak pemergian arwah.

Makcik iring sampai ke muka pintu tapi muka Makcik tunduk menyembah lantai. Dengan airmata berjuraian mana mungkin Makcik mahu melempar pandang. Aku melulu sahaja ke kereta. Terus ingin membuka pintu. Terasa lupa benda2 yang ditinggal di belakang. Tersentak bila tetiba Irwan bersuara.. “Kejap yang, kunci.”

Aku toleh ke belakang Mira maseh melambai. Makcik sudah hilang ke mana. Aku bersabar sahaja. Aku tak sekuat mana pon. Masok dalam kereta setelah semua uraian disapu belakang tangan baru aku kembali melambai kepada Mira. Yer dia tak ubah macam adek aku sendiri.Sebab dulu arwah pernah berkata, “Kak, angla kak aku dunia akhirat”. Bodoh kan aku sebab percaya.

**Sebab apa aku sentimental tetiba. Sebab aku stuck kat lab! Keja overtime dan tetiba takde teksi plak. Siap kena hantar ngn Pak Guard tadi dari main gate sampai lab. Thanks Pak Guard! Hehe ;P



Toss the Coin, Play the Game
July 7, 2009, 2:37 am
Filed under: Uncategorized

Toss the coin once in my lifetime, just to see what the luck might bring me to. Dah banyak kali aku bersabar dengan karenah orang2 di sekeliling. Ingat lagi Aidilfitri tahun lepas. Aku pergi beraya umah Mak Ndak dengan K.Syam sefemli. Seperti biasa, depa semua akan dok updet ttg sepupu2 yang nak mendirikan umah tangga, aku tanya mana Abg Jamal? Yer dia jer batch aku yg tertinggal, tua dua tahun berbanding aku neh. Dia pon dah kena langkah bendul dengan Kak Taharah. Sekali Mak Ndak cakap dia bawak tunang dia jalan2 melawat kaum kerabat! (*dlm hati..perghh kool, baru jadi tunang dah leh bawak jelajah satu kampong! Okeh tu style depa…lalala).

Tup2 sambil2 aku dok layan lemang Pak Ndak yg nyum2 tu aku kena bombard la plak! Pak Ndak kool je dok soh aku taram lemang, rendang ngan dodol  yang dia buat. Sekali Mak Ndak dah jerit dari dapoq! “Ang Ida, bila nak kawen?”

Aku diam sahaja, berharap soalan tu tak perlu berjawab! Mak aku takdak ni nak bekap. Abang Ed wat muka bodoh je. Kak Syam lagi la..dok sengih sumbing tgk aku. Mesti dlm hati dok bergelak gempita tengok aku  kena boh! Aku makan buat bodoh jer. Sekali lagi soalan yg sama diulang dan ditambah dengan ayat penegasan.. “Ang dengaq dak Mak Ndak tanya?”… Perghhh dah tahap wajib jawab dah ni. Aku pon dalam nada manja dibuat2 jawab la..

“Takpa la Mak Ndak, cek tunggu adek2 lepas dulu..”

Dan2 tu jugak suara Mak Ndak pecah gedebang dari dapoq. Dia dah gagal mengawal suara.

“Adek2 mana???? Ang tu anak bongsu!!! Jangan nak merapu! Satgi adek2 sepupu semua dah ada anak apa..ang apa pon takdak!!”

Hrmmmm..aku diam jela…kecik gak hati dengan ayat “apa pon takdak tu”. Pak Ndak kool je tolong support tanya aku nak makan laksa tak? Kak Syam diam tak berani nak komen. Takot Mak Ndak makin naik minyak. Aku pon terpaksa la memujok Mak Ndak. “Alaaa sabaq la..kalau ada tu adalaaaa….”

Ikot hati nak je aku jawab, cek ada masters, adek2 sepupu takdak. Tapi seumor hidop maklang tak penah ajaq la plak anak dia menjawab orang tua. So diam ajalah. Dan Mak Ndak pon tetiba lepas tu sejuk semacam, mungkin rasa bersalah kot sound aku di petang2 raya. Dahla muka anak menakan dia innocent abes. Seb bek aku bukan jenis protes, dan bukan stok berdendam pulak tuh! Raya aji aku pegi je lagi beraya gara2 dodol dan lemang dan segala jenis makanan yg dihidangkan sgtla menghepikan. Dan untuk Mak Ndak, nanti saya bungkus Hans Isaac sorang buat ank menakan Mak Ndak! Bleh kepoh satu Banggol Wan Mat, ank menakan dia kawen artis! hahahaa



My Routine
June 24, 2009, 8:18 am
Filed under: Uncategorized

Walla. I’m not talking about routines in term of dancing, kot2 la kan nak differentiate between salsa, pasa duble, tarian gedik2 dan tarian menggoda! hehe..I’m talking bout working routine arini. Byk sgt permasalahan. Of kos, keja sgt menensenkan dan kadang2 bisa membuat anda terasa ingin menjadi pembunuh bersiri terhadap bos anda. Atau plg kurang mencalarkan keta Avanza atau Merc beliau..hehe ;P

So apakah rutin keja saya selaku seorg yg dikenali sbg cik saintis muda:

1) dtg keja, bukak laptop, men fs, fb, YM, blog, imeem, youtube

2) kol 11 selalunya lunch

3) lepas lunch merewang, pg pos opis, bank, pejabat2 universitas yg perlu dimarahi, pg kedai roti cari pastri, kedai eskem kadang2, dan kedai runcit hari2 utk beli topup atau mineral water. Kadang2 beli stationery. Kalau duit tgh byk, merewang kat kedai2 jual tudung. Ada hari2 bulan biru, terbeli jugak kain sutera la apala, maklomla org menjual kita membeli. Itu mengembangkan ekonomi namanya. Dan kalau trsangat2 kaya lg boleh sampai JJ atau KLCC. Sesungguhnya KLCC itu hanyalah tempat pegi toilet bila tetiba rasa bosan. hehe ;P

4) Buat lab, ia merangkumi, timbang chemicals, ala2 nak buat kueh raya. Cuci pinggan mangkok alat pekakas lab yg kadang2 rasa cam mamak kat Pelita yg baru turun kapal. Huhu. Pastu menunggu…..yg ni paling best! Kita kena wat sub points;

Sambil tunggu boleh:

a) menari depan chiller. Lagi best kalau boleh ajak kawan dari lab seblah

b) menyanyi kuat2 sambil earphone sumbat lam telinga

c) gelak srg2 bila YM atau baca blog

d) makan pastri yg dah beli awal td

e) terlelap kat kerusi empuk lab yg hapus kepala

f) curi2 balik umah utk mandi manda salin baju

g) pegi sopin…hehe

h) siram orkid! tak berbunga2..hadiah madam time konvo aritu! yehh sapa ckp madam jahat??? dia baik cuma QUEEN kontrol..besala..ank2 nya meroyan..mak kena la tegas!

Hehe..okayyyy..madam janji kalau menang n dpt grant baru madam nak belanja kat UMBAI. Yehhhh doakan dia menang!



Post Presentation
April 29, 2009, 1:28 am
Filed under: Uncategorized

Yeahaaa semalam present semester progress report depan bapak2 dan ibu2 tiri kejam. Ternyata anak tiri maseh mampu membela diri. Dan tragedi semester satu tidak berulang bila si anak nyaris2 disugung ke dapoq api. Alkisahnya, semalam tenang2 sahaja dan semua persoalan dapat ditangkis dengan mudah.  Yeah saya bawak tudung periuk buat halang asap berkepol2. Ternyata pengalaman mendewasakan. Saya biasala suka mempropagandakan isu2 remeh. Dan isu2 besar kekal diremeh temehkan. Tolongla saya lebih suka risau confuse gelabah pikir port mana best hendak makan daripada fikir pasal duedate2 yg asik memangkah dalam kalender dan jurnal peribadiku.

Balik petang semalam memang dah gedik2 kaki nak makan Jonis. Apakan daya message Ja dia super busy. Almaklumla opis dia baru pindah. So nak set up opis memanjang balik sayup2 dinihari. Seb bek ada Dedi yang pegi jemput. Kalau naik tren maula kena kidnap dgn Bangla cuci rel lrt. Huhu. Disebabkan Ja busy, maka saya membuat keputusan drastic untuk keluar bercanda seorang diri (yeayyy padahal selalu je wat camtuh srg2..namapon janda, mestila tegar segala). Sampai JJ dah nak Magrib. Lepas Magrib apalagi, jalan2 tuinggg..nampak baju baru. Peten baru, terus grab pi fitting room. Sure la rasa jelita pastuh pegila bayar. Keluar lagi kat tgh2 tu ada sale semua interior stuff. Langsir, alas kaki, cadar, comforter, bolster case, pillowcase….Haha.. Rasanya apa yg terjadi. Saya dok tawaf 2,3 kali. Last2 saya catwalk menuju ATM, mengeluarkan sejumlah wang dan saya sopin LANGSIR. Adeihh cannot help it!! Beli langsir utk sliding door, utk tingkap 3 panel kat living room. Dan juga untuk tingkap 3 panel kat dlm bilik. Kat ruang tamu kaler purplish pink dan kat bilik kaler gold+orange+brown. Sweet gilerrr…

Kesimpulannya, mood saya sgt baik. Ja pon tgk aku balik berberan2 (berbondong2). Dia dah wat statement. Budak ni kalau dia lepas present sama ada 2 kemungkinan sahaja:

1)dia berbungkus, seminggu la jawabnya

2)dia menyopin….adeihhhh..

Pengaliran tunai maseh terkawal. Saya bijak berbelanja. Duit utk sopin bulan depan maseh ada..hahahaaaa…



Joie de Vivre in Jogja
April 27, 2009, 10:13 pm
Filed under: Uncategorized

Joie de vivre (actually an expression of lively life) yehhhh vacuum all the positive vibes from Jogja. Destinasi ke Jogja mmg mengisi jiwa. Dah lama mengidam nak pergi Jogja sedari time belajar gamelan dgn Pak Jamal lagi. Tertarik dgn halus bahasa org Jogja. Ckp sentiasa berbunga2. Maksud sentiasa tersirat. Dan org2 yg minda berfikir mmg suka benda2 yg luar tipikal ni. Sampai sahaja di bumi Jogja, hati berbunga riang. First destination adalah Borobudur. Sampai stesen kereta (keretapi) Jogja dlm pukol 4.15am. Terus dijemput oleh Mas Gede dan lansong di bawa pulang ke masjid berhampiran kawasan tetangganya. Kami lansong nyuci diri di sana. Pantas aja geraknya kerna kami mau ngejarin matahari terbit di Borobudur. Sampai Borobudur kami lansong mulain acara memoto secara extreme. Selesai semua kami menuju pula ke destinasi kedua. Kali Adem, tempat merapi meletus kira2 3 tahon lepas. Kesan tinggalan merapi maseh jelas. Dan org tempatan juga bercerita ttg keberanian Mbak Marijan, sang penjaga gunung berapi yg enggan pindah tatkala gegaran udah acapkali berlaku. Kerna beliau yakin sedari kecil dia yg menjaga merapi tersebut, nggak munkin si gunung akan menyakitinya. Iya nasebnya baik skali, limpahan lahar itu sama skali nggak melalui kawasan kediamannya. Lansong Mbak Marijan jadi femes dan duta minuman2 kuat di Indon *sigh*

Selepas selesai di Kali Adem, kami lansong ke Prambanan yg terkenal dgn lagenda Lara Jonggrong, Si Ratu Boko, yg disumpah menjadi arca keseribu kerana menolak pinangan seorg Raja. Sang Ratu meletakkan syarat jikalau sang Raja ingin menikahinya, perlulah disiapkan seribu candi dlm satu mlm. Kerana pada pikirannya mana mungkin seribu candi bisa disiapkan dlm satu mlm. Tetiba Sang Raja bertindak licik dan dgn menggunakan khidmat2 syaiton, maka arca2 tersebut dpt disiapkan dgn pantas sekali. Melihatkan kejadian tersebut, Sang Ratu merasa kaget, masa bisa seribu candi disiapkan dlm satu mlm? Lantas Sang Ratu menggunakan muslihat. Mengerah semua dayang2 menumbuk padi. Berpura kunonnya udah pagi. Mendengar padi ditumbuk ayam pon berkokok, dan Sang Raja marah yg amat kerana menyangka hari udah pagi sedangkan arca yg siap adalah 999 arca. Masih ada satu yg berbaki. Dek kerana marah yg melampau, lantas disumpah Lara Jonggrang menjadi arca yg keseribu. Dan gadis2 sekitar Prambanan di sumpah akan sukar mendapatkan jodoh *yeahhh andartu dan andalusia, haha I mite be the one originated from there..heh ;p

Mengikut plan asal, habis ke Prambanan kami akan lansong ke Parangtritis, tapi malangnya melihat schedule ada sendatari Ramayana pada mlm tersebut. Jadi kami pulang ke hotel. Dlm perjalanan kami mampir (singgah) di Restoren Ibu Suharti utk menikmati ayam gorengnya yg sohor segenap Indonesia. Sedap sungguh walaupon ayamnya dihidang fresh dgn kepala. (haha..Marni tgkap kepala dulu, sampai terlepas la. Seb bek tak terpelanting ayam tuh). Selesai makan, kami check in di Wisma Universitas Gadjah Mada (UGM). Very nice. Homestay 3 kamar with affordable price. Malam tu kami bergegas menuju ke Prambanan kembali. Menikmati sendatari Ramayana. Kisah percintaan Rama dan Shinta. Betapa Shinta yg dibawa lari Rahwana diragui kesuciannya oleh Rama. Sehingga Shinta lantas berkeputusan utk membakar diri demi membuktikan kesuciannya. Mujur dgn bantuan Dewi Api, Shinta terselamat dan Rama berasa sgt terharu (*Babila perangai Rama ni kan…kenapala perempuan sahaja yg asek berkorban. Haiiiiii….”hati kena akui dunia maseh milik lelaki”. Shut up Marni!! That particular quote really makes me sick!!!)

Pulang dari sendatari, kami lansong menuju ke lesehan, menikmati night life di Jogja. Lepak2 sambil menikmati nasi kuceng. Ditemani petikan2 gitar dr siswa2 UGM dan tidak ketinggalan persembahan dari maklok2 dua alam. A woman trapped in a man’s body (Ahhh lame reason, naluri, apa2 la nyah oi..saya tiada tangan hendak menarek anda ke pangkal jalan). Esoknya, pagi2 udah bangun ke Sunday morning di Boulevard of UGM. Sgt menarek dan tertarek. Biasa la standard pasar mlm. Seronok siap ada monyet wat performance.  Lebih seronok bila cowok2 ganteng bersepah di jalanan. Haha. Jogja benar2 kota budaya dan kesenian. Gunalah barangan tempatan. Bukti kemandirian bangsa! Tagline tak hengat.

Selepas check out kami menuju ke Kraton. Melawat istana Kesultanan Jogja. Menurut Mbak Ami, di Indonesia kini hanya tinggal beberapa kesultanan sahaja, antaranya Jogja dan Kesultanan Sulu. Selepas ke Kraton kami lantas mampir makan tengah hari di restoren kepunyaan Adinda Sultan. Prince Joyokusumo’s House. Sempat lihat hasil2 kerajinan (kraftangan) seperti batik. Juga terdapat set gamelan di sana. Ahhhh gamelan dan saya punya chemistry yg amat bagus. Melihatnya saja saya bisa senyum seharian. Selesai makan tgh hari, kami menyopin lagi sekitar Jln Rotowijayan. Byk hasil2 batik di situ. Selesai di sana kami menuju ke Pasar Gede. Tempat org2 membuat produk perak. Saya jatuh hati dgn satu hiasan dinding. Bingkai bertulis Allah dan Muhammad. Harganya dlm IR 5 juta lebih (lebih kurang RM1700). Huhuuuu. Nantila saya kaya saya pergi beli balik. Saya mau ituuuu!!!! Selepas selesai di pasar Gede, kami meneruskan aktiviti bershopping di Malioboro Street, Pasar Beringharjo. Yehh masa bersopin pastila dirasakan sgt singkat. Saya sempat rembat 2 kebaya grand!! Nak buat apa?? Haha Aku taktau. Baju itu sgt cantek. Persis baju kawen Bunga Citra Lestari. Sapa yg tak berkenan?? Adoihh. Tetiba saya rasa saya terpaksa kawen. Sebab saya tak sabar nak pakai baju itu *wink*

**Tamatla cerita di Jogja, mlm itu sekadar lepak makan malam di Sagan bersama temennya Kak Ami. Seorg lecturer chemistry di Jogja. Dia ingatkan kami… Lain kali di Jogja aja harus dua minggu. Kamu maseh hutang Parangtritis. Yea plan asal nak pegi Parangtritis ptg itu selepas beli belah di Pasar Beiringharjo, apakan daya hujan. So no sunset at parangtritis. Takpela. Tggu edisi kedua kami di Bandung. Lebih tegar bila terpaksa berurusan dgn Pak Polisi. Hehe ;P



Suluh Sang Mentari
April 25, 2009, 2:09 am
Filed under: Uncategorized

Sinar mentari pagi tambah2 lagi ketika sang mentari baru menggeliat keluar di ufuk timur sangatla terindah! Dan percutian itu perlu kerana hanya ketika bercuti sahaja saya akan terkam keluar hotel selesai sahaja lipat sejadah. Arghh indah gila dan di Jogja, sunrise harus di Borobudur dan sunset harus dia Parangtritis! Dan saya sgtlah teruja utk melihat matahari terbenam di mana2. Hatta dlm Rapid KL dr Tmn Melati-Titiwangsa sekalipon. Area depan OTK selalunya akan dapat lihat mega merah nan indah! Seronok kalau keluar waktu2 cenggitu kejar bas ke Pudu utk balik kampong.

Hari ini mood agak baik especially selepas layan pic2 terbaru kat page Ba’ie. Ada pic anak beliau yg baru lahir. Untungnya ada bapak seorang photog, setiap detik dirakamkan. Pon dpt MMS latest pic of Yayan. Dia dah maken besar, maken hensem, maken putih! Hehe..comey ank teruna Cipan. Dan nilai sebuah gambar mestila tidak sama dgn video. Saya suka benda statik yg tidak bergerak! Saya suka photo/potret lebih dr saya suka cerita2 drama atau filem. Saya boleh duduk berjam2 melihat satu senyuman di dlm sebuah gambar. Melihat dan menganalisa aslikah senyuman itu. Tuluskah?? Gembirakah atau buat2 kah????

Tetiba saya terasa hendak berseni! Melukis menggunakan watercolor, takpon crayon. Lagi best kalau dapat cari kain wat silangpangkah. (Macam aku punya byk waktu, walhal mggu depan kena wat show depan dekan2 berkulit hitam..huhu). Seriously, aku terpaksa bersetuju dgn Syida Z, lagi penting sesuatu benda tu, lagila aku tanak pikir. Aku dah set dlm kepala, im ready to be hentam!! So, aku akan present apa sahaja ikot mood, aku malas nak pikir. Dan aku takdak kudrat nak pikir. Otakku penuh bunga2. Dada rasa lapang semacam. Mungkin tindakbalas ubat batok 2 botol, 100+ berbotol2 sampai cirit, dan mineral water yg setempayan mungkin yg dah berjaya menyahtoksin segala serabut dlm kepala. (Hehe smlm dah tak batok, td aku try minum neslo ais, ternyata aku batok balik..hahaha). Takpela. sakit tu meluruh dosa. Biarla aku sakit berbulan2. Balance sket akaun aku.

**Saya mau layan Mahsuri di IB. Yok!



Kembara Asing
April 22, 2009, 12:12 am
Filed under: Uncategorized

Dah lama aku biarkan benda ni terkurung. Tetiba hari ni rasa cam dah dapat napas baru. Balik dari Indon. Angin baru. Jauh aku pergi melepas duka yg terbuku. 2009 maseh jauh. Dan blog ni tak wajar dibiar berkubur tak bernisan di sini.

Sampai Mac 2009 malang bertimpa2. Tak perlu la aku buat list satu persatu. Soal hati susah hendak diperbicarakan. Kehilangan paling nyata bila sahabat tersayang, yg lebih aku panggil sebagai Adik..pulang dijemput Illahi. Ironinya, selepas aku jenguk dia time CNY, aku pulang tanya seorg kawan .Seolah2 dah dapat rasa kehilangan yang bakal tiba.

“Adil ke kalau saya asyik berdoa bagi dia panjang umur, when living is hard for him”??

Kawan saya jawab, “Doakan yg terbaik buat dia”!!

Itulah yg saya buat. Tak sampai sebulan dia dah dijemput pergi. Hadiah terakhir adalah before Valentine. Don’t get me wrong, he’s not my bf tp saya ingat sbb saya beli Men’s Expert Loreal pastuh bungkus pos kat dia. Dlm hati dok bantai gelak…kat bf aku pon tak penah wat cenggini. Dia request sbb muka dia dah naik bintik2. Hehe. Arwah really particular pasai his look. Last phone call cakap sekejap saja, setakat nak konpim alamat. Message pon gitu2 jer because i’ve been working day and night. Tak sempat nak bersosial. Dia pon setakat mengadu sakit perut cirit birit makan lauk kenduri. Aku dok wat lawak tu sohih kontem dgn lenga (taik lalat)..Huhu..Ala2 serbat berudu gitu.

Lepas tuh hampir 1 month hilang kontek. Phone cannot be contacted. No mak abah dia aku dah hilangkan. No adik dia Mira pon tatau lepas mana???? Ada in one of my notebooks tp taktau mana satu. So aku biarkan jer. (Akukan selalu kool tak kena gaya). Sbb mmg dlm 1 minggu jer lagi nak balik. My fren nak kawen. So plan mmg nak g sama2. Siap dah pesan masa aku kirim facial foam tuh!! Tenyeh muka bagi hensem balik. Nnti teman aku p makan kenduri..Huhuuu

Alkisahnya, Tuhan lebih sayangkan dia. Kenangan?? Terlampau byk. Tak mungkin diurai satu persatu. Dan telipon daripada Makcik pagi selepas aku pulang dr kampong buat aku nangis tersebak2. Ye kami sama2 menangis. Menangis bukan sebab meratapi hanya mengenangi sbb dia istimewa di hati. Maklang pon spt biasa, kalau aku nangis dia mesti join sekali. Berdoa rohnya tenang di sana. Kami nanti pon ke sana jugak. Cepat dgn lambat sahaja.

Amin.



Anting Anting Ibu
February 25, 2009, 11:13 pm
Filed under: Uncategorized

Anting-anting ibuku lesap. Tak ingat semalam ada lagi ke tak…… Rasanya ada kot. Inilah masalah bila tak amik wudhu’. Selalunya time amik ayaq semayang mesti perasan kalau anting2 missing. Alkisah pagi tadi tgh bersiap tepek bedak kat muka tup2 tgk sebelah telinga kiri kosong!! Pikir lam hati, “Aishh aku bukak ke semalam?” Baru pikir..dalam drawer kot.. Sekali pusing sebelah kanan tgk anting2 aku tergantung elok!! Hahhhh biru muka!! Matila aku. Terus letak bedak. Punggah bantal, comforter, kibas2 cadar. Selak abes segala patung matung yang menyemak atas katil!!! Huhuuuu anting2 kuuuuu…

Masok kuar bilik air adala 5,6 kali. Semua lubang aku kendap!! Siap terpikir kalau tetiba nmpak dlm lubang jamban agak2 aku amik ke tak??? Huwaaaaaaaa amik kot!! Sebab tu bukan subang aku. Tu subang maklang bagiiii..

Tadi on da way datang keja, telipon mak. Sekali dengar suara  diiring angin2 semacam. Aku tanya kat mana. “Mak kat mana ni?”. Mak cakap dia dlm kereta nak pegi umah Abg Puji. Huhu mesti ada kenduri arwah sebab Tok Mat baru jer meninggal. Mak tanya. “Awat, pasaipa??”

*Yer jarang aku kol time2 siang tanpa hala tujuan penting!

Nak cakap anting2 dia hilang sebenarnya, tapi memandangkan beliau tgh hendak pergi berkenduri, baik jangannnn. Satgi tak pasai2 satu umah kenduri tau aku hilangkan harta pusaka!! Akhirnya aku jawab..

“Takpa, malam ni cek kol balik.” Walaweyhhhh camna nak habaq!! Sah terbeliak mata mak aku satg..

Takpa2 balik satgi cari lagi. Still ada lagi sebelah. Aku bukan gay yer walaupon aku bersubang sebelah sekarang!! Huhu…Nak ganti, duit gajiku sebulan belum tentu cukop nak ganti subang berlian maklang neyh!! Matila akuuuu..Terus rasa cam down. Bulan lepas Ja hilang rantai tangan duit2 yang arwah mak dia beli kat Mekah. Terus down sampai tak lalu makan. Yelah harta dah la kurang..Tup2 yang ada tu pulak hilang sikit2!!! Ohhh ibuku..ampunkan anakmu..Sila susun ayat untuk malam ni. Mulala aku nak cop umah aku lubang hitam. Aku snorkel kat Manukan pon subang tak jatuh!! Hailaaaa nasebbb..



Swimming with@without Yayan
February 21, 2009, 10:11 pm
Filed under: Uncategorized

I miss yayan sooo much.. Last week sempat kidnap sekejap selepas majlis tunang Rha. Betapa gigih kitaorg dr USJ pegi amik Yayan kat Cheras, pastuh sopin kat Ampang. Jalan2 kejap sekali Sarah dah dapat panggilan bomba dr Dato’ Nordin. So sebelom dia kena lesing ngn pacik Nordin sbb tggalkan Adie srg2 dan pergi bercanda dgn teman2 so kami pon hantar la dia balik KJ. Dah hantar ke KJ lepak cari mkn pulak. Terjah Abang Tam kat Pinggiran, pastuh hantar Yayan balik Cheras, pastuh patah balik Taman Melati hantar 2 hotties hehe ;) Last sekali Jid balik USJ sorang, aku dah tak ingat pukol berapa but surely past 12 sbb kita siap senyom menyenyom kat Abg Guard umah aku soh dia bukak palang!! Tak sesia labur durian ngn putu piring..Hehe

Alkisah auntie rindu yayannn sgt2 dah ni. Mlm2 tgk gambar yan dlm hp. Pastuh gelak srg2. Aritu balik kg teman Amin wat dialisis tunjuk gambar Yayan kat dia. Ckp aku dah ada ank!! Dia wat muka pelik..Then aku ckp ank myfren..ank angkat. Sepatah yg keluar dr mulut dia.. “GILA!!” hahahah..Biarla janji bahagia..

Sori yann. auntie sebok. auntie ada swimming class. Nipon baru balik kelas. Yeah dah lama tak swim. I wonder if i cud swim or not. Pegi laut tak berani nak swim without lifejacket! Jeles gila tgk Nora and Ain and even Lily swim, snorkel without lifejacket! Aku sorang jer cam macik2 org kampong!! Huhu…

So, first class, I have no problem! Breast stroke dah lepas. Byk round gak tadi..Hehe tapi route dia menegak la. Kat area 1.4 m jer.. Tggu2 nanti sampai gak aku kat 2.4m tuh!! Tak sabar den. Muka aku dah start hitam. So u guys yg jumpak aku lepas ni jgn nak kompelin aku hitam!! Aku bangun pagi. Pukol 8 dah terpacak kat swimming pool!! kagom betoi..Kalau tak jgn harapla nak bangun awal on weken!

Tadi siap terserempak ngn org dok cycling. Berpakaian lengkap!! Cam Megat a.k.a Dedi la plak. Gila cycling!! Tetiba aku rasa sportsman or shud i called them sportsguys!! Hehe Mereka sgt sexy!! Chewahhh esp ngn tight ketat2 tu kan..Haha. yehh semalam saya beli swim shirt baru. Gogles pon capai 2!! Ada promotion. Sayang sekali swim trunk yg speasang teda so saya pakai swim trunk lama. Yang ada semalam semua 3-quarter. Saya dah insap, beli suar biar sampai bukulali. Sekian.

**Tetiba rasa nak sopin swim suit tok yann.. Kita bwk dia lepak pool lepas neh!! Nak Jid???